Sunday, November 4, 2007

YONGZU DARI LENGGONG

Beberapa minggu yang lalu saya telah melayari weblog Yongzu http://yw2yzu.blogspot.com/ Pada mulanya terfikir juga siapa gerangan dengan menamakan dirinya Yongzu, mungkin keturunanan Taiwan atau Hong Kong ke....Lama saya tercari cari jawapan akhirnya barulah tahu rupanya Yong adalah pengganti nama kepada Long di Perak dan Zu adalah ringkasan kepada nama Zuraidah.















Gambar di atas adalah pemandangan dari Gunung Keriang dan gambar di bawah adalah laluan sukar menuju ke puncak yang menempatkan stesen pancar ulang GK.
















Pada 28 Oktober 2007 jam lebihkurang 11.00 malam sedang saya di rumah memantau rakan-rakan QSO di frekuansi 145.525Mhz. Stesen Pancar Ulang Gunung Keriang tiba-tiba kedengaran audio "doubling" dari rakan rakan di Lenggong Perak menggunakan Stesen Pancar Ulang Gunung Inas yang rupanya sama frekuansi. Mungkin ketinggian stesen di G. Inas tersebut dan propagasi yang baik membolehkan pancarannya mencapai hingga ke lokasi saya di Pulau Langkawi, Alor Setar Kedah dan Sg. Besar Selangor. Antara beberapa callsign yang kedengaran pada malam itu ialah 9W2KSS, 9W2DUA, 9W2YZU dan 9W2VVH. Cuma satu suara yang menarik perhatian saya iaitu dari 9W2YZU atau dengan panggilan Kak Yong sebab ianya mengingatkan saya kepada laman weblog beliau yang pernah saya layari beberapa hari sebelumnya.


Keesokan harinya saya membuka sekali lagi weblog Yongzu dan mencari alamat email beliau, bila terjumpa terus saja menghantar email salam kontek perdana kepada beliau. Balasan email yang diterima dari Kak Yong memaklumkan bahawa kebetulan sedang berada di Pulau Langkawi untuk berkursus. Macam mana nak buat ni...nombor telefon Kak Yong tidak disertakan dalam email. Kebetulan pula semasa monitor di frekuansi transnasional G. Raya 145.625Mhz. pada petang Rabu 31 Oktober 2007 kedengaran audio Kak Yong yang portable dalam pekan Kuah memanggil rakan-rakan QSO. Nak join QSO saya kat pejabat...kemudian terdengar rakan saya 9W2JML Cikgu Mahtar join QSO dengan Kak Yong. Selepas saja keluar pejabat jam 5.00 petang terus saja menuju ke tempat Kak Yong portable dan tidak lama kemudian 9W2JML pun tiba. Lama jugalah eyeball QSO bersama Kak Yong. Puas rasanya dapat bertemu dengan Kak Yong Zu yang petah berbicara semasa QSO....

2 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Amboi :) satu posting mengenai Kak Yong. Saya dah biasatu... ada juga yang ingat saya keturunan Jepunlah, Chinalah :D dsb.

Tahniah kerana sudah mula menulis di blog. Diharapkan ia berterusan (mengikut kesesuaian masa kita sendiri). Keseronokon menulis di blog ini adalah kita dapat meluahkan apa yang ingin disampaikan mengikut cara kita yang tersendiri.

Sekiranya apa yang ditulis membawa manfaat kepada umum pada pandangan saya ia menjadi satu bonus pula. All the best!

p.s Nanti Kak Yong linkkan blog ini, ok?

9W2KMC said...

Tak ada masalah Kak Yong untuk Kak Yong linkkan blog saya, sekurang-kurangnya dapat juga rakan-rakan kita mengenali saya. Terima kasih Kak Yong.