Thursday, January 31, 2008

RESULT RAE 2/2007

SETINGGI TINGGI TAHNIAH kepada semua calon yang lulus dalam RAE 2/2007 yang diadakan dalam bulan November 2007 yang lalu.

Setinggi tinggi TAHNIAH juga kepada rakan rakan dari Langkawi yang lulus. Semoga yang tidak lulus bersabar dan jangan putus semangat untuk mencuba lagi di pertengahan tahun 2008 nanti.

Tuesday, January 29, 2008

9W2EB PAK BANI KUALA KEDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Semasa dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah pada pagi Selasa 29/1/2008 saya dikejutkan bengan berita rakan ham di Kuala Kedah iaitu 9W2EB atau Pak Bani kembali ke rahmatullah pada pukul 4.45 pagi di rumahnya yang disampaikan oleh 9W2PLK melalui Repeater G. Jerai. Saya kerap juga singgah di rumah allahyarham sewaktu keluar ke tanah besar dari Pulau Langkawi. Takziah dari saya dan rakan-rakan ham di Langkawi buat keluarga allahyarham Pak Bani semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...Al Fatihah.

Monday, January 28, 2008

ICOM AMATEUR RADIO USER MANUAL


Ramai dari kalangan ahli ham radio menggunakan radio jenama ICOM. Satu kemudahan yang jarang digunakan semasa bermobil ialah "One Touch PTT" dimana kita hanya perlu tekan PTT sekali dan cakap....habis cakap tekan PTT lagi sekali untuk receive. Nada bunyi 2 kali tit tit kedengaran (bagi ICOM IC-V8000) bila tekan PTT yang pertama untuk bercakap dan cahaya LED hijau sebelah kiri akan bertukar kepada merah. Selesai cakap agak2 sebelum TOT tekan PTT sekali lagi dan kedengaran nada tit 1 kali dan cahaya LED merah tadi akan bertukar kepada hijau kembali. Begitulah seterusnya berulang ulang, bila sudah mahir tak perlu lihat cahaya led lagi, cukup dengan kita mendengar nada tit tit saja.

Caranya mudah iaitu picit butang FUNC diikuti dengan picit butang PTT-M PRIO 3 tetapi PTT kena gantung kat leher laa...Disertakan link untuk rujukan User Manual bagi model-model yang popular digunakan.

i. ICOM IC-2200H

ii. ICOM IC-V8000

iii. ICOM V82

Sunday, January 27, 2008

BULAN KACAU BUBUR ASYURA

Seperti kebiasaan pada setiap tahun, di bulan Muharram ini ramai yang bergotong royong mengacau bubur asyura. Dapatlah kita merasa bubur asyura yang berbagai rasa, yang saya tak lupa ada yang rasa seperti makan maajun. Bila ditanyakan rupa-rupanya yang itu dimasak oleh tukang masak dari pantai timur. Walaubagaimanapun yang penting ialah semangat bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program ke arah mengukuhkan hubungan silatul rahim sesama umat. Terima kasih kepada semua yang menghulurkan bubur asyura untuk dijamah.


Wednesday, January 16, 2008

LANGKAWI SQUID CHALLENGE 2008

Membuka tirai tahun baru ini kembali lagi acara SAUK SOTONG LANGKAWI 2008 - Akan diadakan bagi tahun ke 4 di Jeti Pelancongan Kuala Cenang, Pulau Langkawi Geopark pada 1 & 2 Februari 2008. Berbagai hadiah menarik bagi berbagai kategori menanti para peserta yang bertuah. Kepada yang berminat, untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan rakan SWL dari Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi, En. Wan Shahril di talian 04-9698080 dan 013-4071407

Tuesday, January 8, 2008

MY BASE STATION

Pemasangan peralatan komunikasi di 'base station' yang serba ringkas sebagai permulaan. Menggunakan antenna 'homebrew' Colinear pada ketinggian lebih kurang 38 kaki, radio ICOM 2200 dan 'power supply' antik Philips. Bolehlah memegang repeater G.Raya Langkawi, G. Keriang Alor Setar, G. Jerai dan Bukit Bendera dengan baik sekali.

Monday, January 7, 2008

LIMA 2007

Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2007 (LIMA 2007) yang baru diadakan pada 04 - 08 Disember 2007 yang lalu sungguh menarik sekali sungguhpun berlaku insiden di luar dugaan semasa latihan dijalankan. Cuti sekolah membolehkan ramai pelancong dari tanah besar datang beramai-ramai menyaksikan pertunjukan udara yang paling hebat pernah diadakan. Persembahan oleh juruterbang jet pejuang terbaru negara amat membanggakan. Kita amat berbangga dengan kebolehan anak tempatan mengendalikan pesawat serba canggih tersebut. Pameran tahun ini juga memberi peluang kepada pengunjung bertemu dengan angkasawan pertama negara Dr. Sheikh Muzzafar 9W2MUS.
Antara rakan ham yang bertuah dapat bertemu eyeball dengan Pak Sheikh Muzzafar ialah Cikgu Mahtar 9W2JML.

Tuesday, January 1, 2008

PENYENGGARAAN ANTENNA REPEATER G. RAYA LANGKAWI

Tiang antenna repeater ASTRA di Gunung Raya yang sekian lama condong akhirnya patah akibat angin kencang. Kebetulan semasa LIMA 2007 yang baru lalu dua orang rakan ham dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang memasang repeater untuk kegunaan LIMA 2007 telah meletakkan untuk sementara antenna pemancar ditempat yang rendah sedikit dari tempat asal.
Tiang antenna yang mulai condong beberapa bulan dahulu....
Pada hari raya korban ke 3 bersamaan 22 Disember 2007 saya bersama Cikgu Mahtar 9W2JML dan 2 SWL iaitu SWL Radzi dan SWL Fakhrul telah sepakat untuk naik ke puncak G. Raya bersama segala peralatan yang perlu untuk meletak kembali antenna pemancar ke tempat asalnya. Alhamdulillah berkat kerjasama tolong menolong dapat juga antenna pemancar yang berat tiangnya itu dapat juga dinaikkan kembali ke puncak. Selepas ujian pemancaran dilakukan dan didapati memuaskan kami pun turun. Gambar-gambar boleh dilihat dalam album PICASA

PENYENGGARAAN ANTENNA REPEATER G. RAYA LANGKAWI

SELAMAT TINGGAL 2007 SELAMAT MELANGKAH DI TAHUN 2008

Tahun 2007 telah ditinggalkan...tidak akan kembali lagi. Selamat melangkah di tahun baru 2008 semoga langkah kita di tahun ini tidak silap lagi. Bermakna semakin jauh kita meninggalkan hari kelahiran kita dan semakin mendekati hari penamat kehidupan pula. Sementara menanti tibanya waktu penamat kehidupan ini kita perlulah bersedia dengan segala macam persiapan....laksanakan segala tanggung jawab kita terhadap tuhan, terhadap keluarga, terhadap masyarakat....