Monday, November 19, 2007

LANGKAWI GEOPARK

Pagi Selasa 13hb. November 2007 Saya menghadiri '1st Regional Conference On Asia Pacific Geoparks And Business Dialogues 2007' dari 13-15 November 2007 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Padang Matsirat. Dihadiri oleh seramai lebih 200 peserta dan pembentang kertas kerja dari Malaysia, Indonesia, Australia, Filipina, China, Vietnam, Jepun dan India. Langkawi Geopark - Merupakan Geopark ke 52 di bawah Rangkaian Geopark Sedunia UNESCO dan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.



Petang Rabu 14hb. November 2007 sedang saya dalam perjalanan pulang ke Kuah, kedengaran Cikgu Mizi 9W2MIG dari Perak sedang QSO dengan 9W2MEI di frekuansi simplek Langkawi 145.200Mhz. Beliau datang berkursus selama 3 hari di Langkawi sepertimana dimaklumkan dalam QSO di Jerai beberapa hari sebelum ini. Selepas selesai semua urusan di rumah, saya terus ke hotel penginapan Cikgu Mizi untuk bertemu di daratan setelah sekian lama hanya bertemu di ruang udara sahaja. Kebetulan pula Cikgu Roslan 9W2SMR dari G. Semanggul Perak juga sedang berkursus di Langkawi di hotel yang lain. Ini adalah kali kedua bertemu dengan Cikgu Roslan selepas pertemuan pertama kali di MCMC Pulau Pinang semasa sama-sama menguruskan lesen radio amatur.

No comments: