Saturday, January 1, 2011

BERKUNJUNG KE BASE STATION 9W2OLC


Begitu cepat masa berlalu, sedar-sedar sudah lama benar laman ini tidak dikemaskini. Dengan kesuntukan masa dan kekurangan idea menyebabkan laman ini tertinggal begitu lama. Sempena cuti tahun baru dan semasa dalam perjalanan ke Arau untuk menghantar anak masuk kembali ke pusat pengajian, penulis sempat singgah sebentar di 'base station' 9W2OLC handle operator Ahmad Sofberi atau lebih mesra dengan panggilan Che Mad. Dari jauh sudah kelihatan menara pemancar repeater RELA Kubang Pasu yang ketinggiannya melepasi pokok kelapa di sekeliling kampung. Penulis sempat meninjau peralatan repeater RELA Kubang Pasu yang amat baik sekali pemasangannya. TAHNIAH kepada Che Mad dan rakan2 RELA di atas pencapaian yang amat membanggakan. TAHNIAH juga kepada Pak Chot 9W2PCS di atas daya kreativiti merekabentuk dan membina menara pemancar yang sungguh menarik dan praktikal.