Tuesday, December 18, 2007

RAE 2/2007 @ UiTM MERBOK

Sungguh gembira dapat bertemu eyeball dengan ramai rakan rakan ham dari serata tempat di UiTM Merbok dimana RAE 2/2007 dijalankan. Dapatlah bertemu buat pertama kali ramai rakan rakan yang selama ini bertemu di udara sahaja.

Kenangan yang paling manis buat saya bila dapat bertemu semula dengan guru sains sewaktu tingkatan dua dan tiga di tahun 74 & 75 dahulu iaitu Cikgu Danial yang memegang callsign 9M2DI. Beliau memberi dorongan supaya tidak putus asa untuk belajar CW. Katanya beliau dulu belajar kat Pak Eshee 9M2FK Penang, sekarang mudah nak belajar CW dengan berbagai bantuan peralatan komputer. Beliau mengesyorkan supaya belajar dengan kaedah G4FON Koch CW Trainer, ianya mudah dan cepat. Memang mudah dan cepat bagi yang betul betul disiplin tidak mengenal jemu nak belajar, jika sekadar seminggu atau dua minggu sekali baik tak payah belajar CW.

Gambar ehsan Kak Yong 9W2YZU, dari kiri Pak Halim 9W2HZB, Pak Cot 9W2PCS, Cikgu Danial 9M2DI dan saya 9W2KMC