Sunday, November 25, 2007

LANGKAWI MACKEREL RUN 2007 : Post-Mortem Bantuan Komunikasi Radio

Langkawi Mackerel Run 2007 telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Tahniah dan syabas kepada Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi selaku penganjur kepada aktiviti tersebut dan juga kepada ASTRA Malaysia yang memberikan bantuan komunikasi sepanjang aktiviti berlangsung.

Rasanya ini adalah kali pertama pihak ASTRA Malaysia dijemput untuk memberi bantuan komunikasi di perairan Pulau Langkawi Geopark. Saya mengangkat tabik kepada rakan rakan ham terlibat iaitu Pak Saaidin 9W2ZT, Pak Long Lah 9W2OP, Cikgu Aziz 9W2AZE, Pak Zec 9W2ZEC, Cikgu Rashdan 9W2RSH, Bang Rozi 9W2BCD, Bang Hizami 9W2MEI adik Mira 9W2ASW dan semua rakan-rakan ham dan SWAL di Langkawi yang telah bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan sistem komunikasi dapat berfungsi dengan sempurna.

Dari pemerhatian saya berdasarkan kedudukan pulau-pulau di perairan barat daya Pulau Langkawi, didapati pemasangan stesen pancar ulang sementara di Pulau Intan Besar (Pulau Kentut Besar) adalah kurang sesuai kerana terhalang oleh Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar di bahagian selatan yang lebih tinggi kedudukannya. Usaha menjalankan ekpedisi perlu dilakukan di Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar untuk meninjau kesesuaian tapak dipuncak tertinggi pulau-pulau tersebut yang lebih tinggi dari Pulau Intan Besar.

Pada pandangan saya puncak tertinggi di Pulau Singa Besar adalah yang terbaik diletakkan repeater kerana kedudukannya yang diselatan sekali dan terus menghala ke laut. Walaubagaimanapun tinjauan tapak perlu dilakukan terlebih dahulu memandangkan sehingga kini belum ada lagi laluan ke puncak tersebut. Dari percakapan saya dengan Cik Norolah bt Ridzuan, Pegawai Jabatan Perhilitan yang dipertanggungjawabkan menjaga Pulau Singa Besar, beliau memaklumkan bahawa pihaknya sedia memberi kerjasama jika dibuat permohonan rasmi.



No comments: