Sunday, November 11, 2007

SEJARAH TERCATAT DI CUTI DEEPAVALI 2007

Pagi Rabu 7hb. November 2007 bersama keluarga ke Kuala Kedah dengan feri ALAF BARU 3. Laut tenang tanpa gelora melanda. Setiba di Kuala Kedah terus menuju ke garaj tempat menyimpan motokar antik yang ditinggalkan selama hampir sebulan lalu. Syukur sungguhpun lama ditinggalkan bersendirian ianya masih boleh dihidupkan tanpa masalah. Terus bermobil ke Bertam, Kepala Batas untuk menjemput harmonic yang belajar di sebuah IPT pulang bercuti Deepavali di rumah datuk dan neneknya di Kg. Alor Tebuan, Titi Haji Idris, Langgar.

Hari Khamis 8hb. November 2007 berlalu dengan aktiviti di kampung bersama keluarga mertua. Sempat juga menghubungi rakan rakan ham di lokalan Alor Setar melalui 55 dan stesen pancar ulang Gunung Keriang (Rpt. GK 145.525Mhz) disusuli dengan temujanji eyeball. Selepas solat Magrib bertemu eyeball 9W2RSH Cikgu Rashdan di sebuah kedai makan di Titi Haji Idris. Lebih kurang 45 minit kami pun bersurai kerana Cikgu Rashdan terpaksa pulang ke 'base station' untuk menyiapkan 'assignment' pengajian beliau.

Memanggil pula 9W2BCD Pak Rozi melalui 55 dan seterusnya melalui Rpt. G.Keriang untuk temujanji sessi eyeball seterusnya. Hujan pun dah mulai turun dalam Q2, terus menuju ke 'base station' Pak Rozi di Kg. Batu Menunggul, Pendang dengan panduan melalui simplek 145.325 oleh Pak Rozi di base stationnya dan 9W2ROH Pak Roslan di base station beliau di Kota Sarang Semut. Akhirnya sampai juga saya ke rumah Pak Rozi 9W2BCD berkat panduan langsung dari mereka. Dapatlah bertemu eyeball pula dengan Pak Rozi yang selama ini berhubung melalui frekuansi radio sahaja. Hampir sejam berborak bersama Pak Rozi sebelum bertolak pulang ke rumah ayahanda di Napoh melalui Tol Pendang Lebuhraya Utara Selatan ditemani QSO bersama 9W2PCS (Pak Cot), 9W2BCD (Pak Rozi) dan 9W2MKY (Pak Marzuki)

Pagi Jumaat 9hb. November 2007 eyeball bersama 9W2YMC di Napoh sambil pekena capati. Menjelang tengah hari cuba cuba panggil rakan di Repeater G.Keriang, disambut oleh 9W2JE Pak Jamal disusuli dengan temujanji eyeball di depan pejabat TNB Jitra. Setibanya saya di lokasi 20 minit kemudian Pak Jamal telah sedia menanti bersama 9W2LM Pak Rashid di susuli pula 9W2VZ Pak Azam tidak lama kemudian.

Petangnya pula ada kelas RAE di SMK Dato Syed Omar, Jalan Sultanah yang dikendalikan oleh 9W2AZE Cikgu Aziz, dapatlah eyeball lagi bersama ramai rakan baru dan lama antaranya 9W2ERI Pak Eri, 9W2MKY Pak Marzuki, 9W2DEC Pak Razak, 9W2CRM Cikgu Roslan, 9W2USF Pak Amir, 9W2WSR Cikgu Wan, 9W2JE Pak Jamal, 9W2VZ Pak Azam, 9W2ROH Pak Roslan dan SWL Zam. Suasana ceria sekali dapat berjumpa dengan rakan rakan ham di lokalan Alor Setar. Terima kasih rakan rakan di atas kesudian berjumpa dan tango tango.

No comments: