Saturday, March 13, 2010

SPHAMRADIO FAMILY DAY @ TELOK NIPAH

Berkat kerjasama dan saling bantu membantu akhirnya berjaya juga diadakan aktiviti hari keluarga pengendali radio amatur Sungai Petani petang hari Jumaat 12.3.2010 hingga petang Sabtu 13.3.2010 di pantai Kg. Telok Nipah yang terletak berhampiran dengan Pantai Merdeka. Ramai rakan-rakan radio amatur dari lain-lain daerah turut hadir bagi memeriahkan suasana. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program bagi mengeratkan silatulrahim itu. Tidak lupa juga terima kasih kepada Pak Long Noordin 9W2XLL dan Pak Non 9W2PS yang bersusah payah menyediakan banyak siput mentarang untuk dibakar. Selama ini penulis hanya tahu nama saja siput mentarang tetapi belum pernah memakannya. Rupa-rupanya siput mentarang bakar memang sedap setelah memakan mentarang yang dibakar oleh Pak Long Noordin.


Sayang sekali penulis tidak dapat hadir pada hari Sabtu kerana kesihatan kurang mengizinkan. Walauapa pun setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti hari keluarga tersebut, mudah-mudahan ditahun hadapan akan lebih meriah lagi.

Sedikit gambar yang diambil pada petang dan malam persediaan untuk tatapan semua.



Friday, March 5, 2010

SALAM KONTEK PERDANA CALLSIGN BARU

Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua rakan-rakan yang baru lulus peperiksaan radio amatur (RAE) dan yang telah mendapat Apparatus Assignment (AA) masing-masing. Buat pertama kali penulis dapat QSO dengan pemegang callsign baru iaitu Shafie 9W2SLZ melalui pengulang Sg. Petani 146.950MHz. dan Pak Anjang Fadzil 9W2PJF yang tinggal di Taman Mahsuri, Padang Serai melalui simplek 145.550MHz. Masih terdapat ramai lagi rakan-rakan baru yang belum memohon isyarat panggilan dari pihak berkuasa berkaitan. Setiap hari penulis memantau di frekuansi kalau kalau ada callsign baru timbul. Mudah-mudahan akan dapat bersalam kontek perdana dengan ramai lagi rakan baru dalam masa terdekat.