Monday, July 26, 2010

BERUBAH SELERA DARI VHF KE HF

Di satu pagi yang cerah tiba-tiba muncul jajaka tampan segak bergaya di 'saltmine' penulis. Teringat pernah bertemu sekali dengan belaiu di Jitra 2 tahun lepas, rupa-rupanya orang lama dalam radio amatur iaitu 9W2LM - Mohamad Rashid Md Isa, Bujang.Tajuk perbualan pastinya berkisar mengenai aktiviti radio amatur terutamanya perubahan selera terkini dari VHF ke HF. Bila sebut 10m HF pasti nama penggiat utama 10m QRP di utara ini iaitu 9W2DI timbul. Walaupun kos mendapatkan set radio HF all mode agak tinggi juga namun semangat untuk menceburi bidang HF membuatkan rakan2 di Alor Setar berpakat "main kutu". Dan pada hari bertuah 21.7.2010 yang lalu diadakan penyampaian set radio HF jenama YAESU FT-817ND yang rakan2 memanggil set radio ND Lala. Terima kasih kepada Pak Yob 9W2TJG yang berusaha menjadi taukeh kutu set ND Lala.



Monday, July 5, 2010

VUVUZELA @ AFRIKA SELATAN

Belum pernah lagi sepanjang ingatan penulis menonton perlawanan bola sepak melalui skrin TV begitu bingit dengan bunyi tiupan trumpet atau "vuvuzela" dalam istilah Afrika. Malam pembukaan perlawanan dimana Afrika Selatan membuka tirai bertemu Mexico, suasana begitu bingit sekali dengan tiupan vuvuzela bagaikan lalat menghurung bangkai dan ianya bukanlah sejenis alat muzik. Sukar digambarkan bagaimana suasana di dalam stadium bila ribuan peminat bola sepak meniup secara serentak dan berterusan, apa yang didengari seperti kumpulan lebah yang besar. Walau apa pun itulah keistimewaan sesebuah negara penganjur, dengan identiti tersendiri.

Jadual pertandingan boleh dilihat di sini.



Vuvuzela yang membingitkan suasana sepanjang perlawanan bola sepak di Afrika Selatan