Tuesday, November 27, 2007

RAE 2/2007 @ 28 NOVEMBER 2007

Sebelum ini saya berfikir samaada mahu turut sama atau tidak di Dewan UiTM Merbok, Kedah. Apa yang difikirkan adalah mengenai kesesakan di jeti feri memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah dimana terlalu ramai pengguna. Tetapi tugasan rasmi di Sungai Petani pada 29 November 2007 memaksa saya keluar juga ke tanah besar walaupun terpaksa menempuh kesesakan di jeti feri. Jadi untuk membolehkan saya dapat 'eyeball' dengan rakan-rakan ham di UiTM Merbok terpaksalah memohon cuti satu hari pada hari RAE tersebut. Selamat menduduki RAE kepada rakan-rakan SWAL pada hari Rabu 28.11.2007, semoga anda semua mendapat surat dari MCMC yang bertulis PASS.

Monday, November 26, 2007

REPEATER ASTRA @ GUNUNG RAYA, LANGKAWI GEOPARK

Repeater ASTRA di Gunung Raya, Langkawi Geopark telah dipasang pada 17 April 2004. Sehingga kini usia repeater tersebut telah masuk tahun yang ke 4 beroperasi. Sayang sekali repeater yang dulunya beroperasi dengan baik kini agak bermasalah dengan linking ke repeater Larut. Semasa kerja kerja membersihkan kawasan sekitar repeater baru baru ini dua ekor ular telah terbunuh sebab terkena mata mesin rumput. Tidak disangka sama sekali di puncak gunung pun ada ular. Nasib baik tak siapa pun kena patuk. Tidak dapat dipastikan ular itu dari spesis mana, ada rakan mengatakan jika kepala tiga segi macam tu ular kapak. Entahlah, ular kapak gunung agaknya.

Sunday, November 25, 2007

LANGKAWI MACKEREL RUN 2007 : Post-Mortem Bantuan Komunikasi Radio

Langkawi Mackerel Run 2007 telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Tahniah dan syabas kepada Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi selaku penganjur kepada aktiviti tersebut dan juga kepada ASTRA Malaysia yang memberikan bantuan komunikasi sepanjang aktiviti berlangsung.

Rasanya ini adalah kali pertama pihak ASTRA Malaysia dijemput untuk memberi bantuan komunikasi di perairan Pulau Langkawi Geopark. Saya mengangkat tabik kepada rakan rakan ham terlibat iaitu Pak Saaidin 9W2ZT, Pak Long Lah 9W2OP, Cikgu Aziz 9W2AZE, Pak Zec 9W2ZEC, Cikgu Rashdan 9W2RSH, Bang Rozi 9W2BCD, Bang Hizami 9W2MEI adik Mira 9W2ASW dan semua rakan-rakan ham dan SWAL di Langkawi yang telah bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan sistem komunikasi dapat berfungsi dengan sempurna.

Dari pemerhatian saya berdasarkan kedudukan pulau-pulau di perairan barat daya Pulau Langkawi, didapati pemasangan stesen pancar ulang sementara di Pulau Intan Besar (Pulau Kentut Besar) adalah kurang sesuai kerana terhalang oleh Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar di bahagian selatan yang lebih tinggi kedudukannya. Usaha menjalankan ekpedisi perlu dilakukan di Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar untuk meninjau kesesuaian tapak dipuncak tertinggi pulau-pulau tersebut yang lebih tinggi dari Pulau Intan Besar.

Pada pandangan saya puncak tertinggi di Pulau Singa Besar adalah yang terbaik diletakkan repeater kerana kedudukannya yang diselatan sekali dan terus menghala ke laut. Walaubagaimanapun tinjauan tapak perlu dilakukan terlebih dahulu memandangkan sehingga kini belum ada lagi laluan ke puncak tersebut. Dari percakapan saya dengan Cik Norolah bt Ridzuan, Pegawai Jabatan Perhilitan yang dipertanggungjawabkan menjaga Pulau Singa Besar, beliau memaklumkan bahawa pihaknya sedia memberi kerjasama jika dibuat permohonan rasmi.



Saturday, November 24, 2007

LANGKAWI MACKEREL RUN Day 2

Day 2 : 6.30 pm Semua peserta Langkawi Mackerel Run 2007 telah tiba di Jeti Awana Porto Malai dan proses menimbang dan merekod dijalankan oleh pengadil pengadil dan 'marshall' yang berpengalaman. Rakan rakan radio amatur ASTRA dan rakan rakan SWAL telah berjaya menjalankan tugas yang mencabar ini dengan sungguh baik sekali, sekalung tahniah dan terima kasih buat anda semua. Bukan mudah untuk membawa berbagai peralatan komunikasi melalui feri penumpang, tambahan pula dengan ramainya pelancong yang berpusu pusu menaiki feri di musim cuti sekolah ini. Setinggi tinggi perhargaan kepada Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi yang telah menganjurkan acara ini dengan jayanya. Ianya memberikan pengalaman dan kenangan yang manis kepada rakan rakan ham radio yang bertugas di bawah panas terik di tengah laut.

9W2ZT, 9W2OP, 9W2AZE, 9W2RSH dan 9W2BCD bersama rakan2 ham Langkawi mengangkat peralatan radio untuk menaiki feri ke Kuala Kedah.

En. Shaharuddin, Pengurus Besar Majlis Tidakan Pelancongan Langkawi bersama pengadil.






Friday, November 23, 2007

LANGKAWI MACKEREL RUN Day 1



DAY 1 : 22 November 2007 Sebanyak 14 pasukan telah mendaftar dengan peserta seramai 51 orang. Kerja kerja pemasangan dan pengujian repeater sementara telah dijalankan oleh 9W2ZEC dan 9W2OP di Pulau Intan dan telah berfungsi dengan sempurna. Pusat kawalan radio amatur ASTRA diletakkan di Bilik Sekreteriat Awana Porto Malai dikendalikan oleh 9W2ZT, 9W2AZE, 9W2MEI dan 9W2ASW dibantu oleh rakan-rakan SWAL. Rakan-rakan ham yang turut bersama 'marshall' ialah 9W2RSH dan 9W2BCD serta 2 orang SWAL.

Wednesday, November 21, 2007

LANGKAWI MACKEREL RUN 2007



Pertandingan memancing ikan tenggiri anjuran Majlis Tindakan Pelancogan Langkawi (MTPL) akan diadakan pada hari Khamis dan Jumaat 22 dan 23 November 2007 di Jeti Awana Porto Malai, Langkawi Geopark. Bantuan komunikasi radio akan diberikan oleh Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia dengan menaikkan satu repeater sementara di Pulau Intan. Antara ahli ham radio yang bertugas di pusat kawalan ialah 9W2ZT, 9W2AZE, 9W2MEI dan 9W2ASW disamping 9W2OP dan 9W2ZEC yang akan bertugas memasang repeater sementara di Pulau Intan. Manakala ahli-ahli ham radio yang akan bertugas di laut bersama-sama 'marshall' pertandingan ialah 9W2RSH, 9W2BCD dan 2 orang SWAL.

Bayaran penyertaan sebanyak RM 200.00 diken
akan kepada setiap pasukan yang terdiri dari maksima 4 orang setiap pasukan. Bayaran itu adalah termasuk insuran, baju T, sarapan dan makan malam.
Setakat ini penyertaan yang diterima sebanyak 14 pasukan terdiri dari seramai 51 orang peserta, dan penyertaan masih dibuka pada hari pertandingan. Sebanyak 16 hadiah lumayan menanti peserta yang paling bertuah. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan MTPL di talian
04-9698080 atau SWAL Wan Shahril 013-4071407.

.

Monday, November 19, 2007

LANGKAWI GEOPARK

Pagi Selasa 13hb. November 2007 Saya menghadiri '1st Regional Conference On Asia Pacific Geoparks And Business Dialogues 2007' dari 13-15 November 2007 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Padang Matsirat. Dihadiri oleh seramai lebih 200 peserta dan pembentang kertas kerja dari Malaysia, Indonesia, Australia, Filipina, China, Vietnam, Jepun dan India. Langkawi Geopark - Merupakan Geopark ke 52 di bawah Rangkaian Geopark Sedunia UNESCO dan yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.



Petang Rabu 14hb. November 2007 sedang saya dalam perjalanan pulang ke Kuah, kedengaran Cikgu Mizi 9W2MIG dari Perak sedang QSO dengan 9W2MEI di frekuansi simplek Langkawi 145.200Mhz. Beliau datang berkursus selama 3 hari di Langkawi sepertimana dimaklumkan dalam QSO di Jerai beberapa hari sebelum ini. Selepas selesai semua urusan di rumah, saya terus ke hotel penginapan Cikgu Mizi untuk bertemu di daratan setelah sekian lama hanya bertemu di ruang udara sahaja. Kebetulan pula Cikgu Roslan 9W2SMR dari G. Semanggul Perak juga sedang berkursus di Langkawi di hotel yang lain. Ini adalah kali kedua bertemu dengan Cikgu Roslan selepas pertemuan pertama kali di MCMC Pulau Pinang semasa sama-sama menguruskan lesen radio amatur.

Sunday, November 11, 2007

SEJARAH TERCATAT DI CUTI DEEPAVALI 2007

Pagi Rabu 7hb. November 2007 bersama keluarga ke Kuala Kedah dengan feri ALAF BARU 3. Laut tenang tanpa gelora melanda. Setiba di Kuala Kedah terus menuju ke garaj tempat menyimpan motokar antik yang ditinggalkan selama hampir sebulan lalu. Syukur sungguhpun lama ditinggalkan bersendirian ianya masih boleh dihidupkan tanpa masalah. Terus bermobil ke Bertam, Kepala Batas untuk menjemput harmonic yang belajar di sebuah IPT pulang bercuti Deepavali di rumah datuk dan neneknya di Kg. Alor Tebuan, Titi Haji Idris, Langgar.

Hari Khamis 8hb. November 2007 berlalu dengan aktiviti di kampung bersama keluarga mertua. Sempat juga menghubungi rakan rakan ham di lokalan Alor Setar melalui 55 dan stesen pancar ulang Gunung Keriang (Rpt. GK 145.525Mhz) disusuli dengan temujanji eyeball. Selepas solat Magrib bertemu eyeball 9W2RSH Cikgu Rashdan di sebuah kedai makan di Titi Haji Idris. Lebih kurang 45 minit kami pun bersurai kerana Cikgu Rashdan terpaksa pulang ke 'base station' untuk menyiapkan 'assignment' pengajian beliau.

Memanggil pula 9W2BCD Pak Rozi melalui 55 dan seterusnya melalui Rpt. G.Keriang untuk temujanji sessi eyeball seterusnya. Hujan pun dah mulai turun dalam Q2, terus menuju ke 'base station' Pak Rozi di Kg. Batu Menunggul, Pendang dengan panduan melalui simplek 145.325 oleh Pak Rozi di base stationnya dan 9W2ROH Pak Roslan di base station beliau di Kota Sarang Semut. Akhirnya sampai juga saya ke rumah Pak Rozi 9W2BCD berkat panduan langsung dari mereka. Dapatlah bertemu eyeball pula dengan Pak Rozi yang selama ini berhubung melalui frekuansi radio sahaja. Hampir sejam berborak bersama Pak Rozi sebelum bertolak pulang ke rumah ayahanda di Napoh melalui Tol Pendang Lebuhraya Utara Selatan ditemani QSO bersama 9W2PCS (Pak Cot), 9W2BCD (Pak Rozi) dan 9W2MKY (Pak Marzuki)

Pagi Jumaat 9hb. November 2007 eyeball bersama 9W2YMC di Napoh sambil pekena capati. Menjelang tengah hari cuba cuba panggil rakan di Repeater G.Keriang, disambut oleh 9W2JE Pak Jamal disusuli dengan temujanji eyeball di depan pejabat TNB Jitra. Setibanya saya di lokasi 20 minit kemudian Pak Jamal telah sedia menanti bersama 9W2LM Pak Rashid di susuli pula 9W2VZ Pak Azam tidak lama kemudian.

Petangnya pula ada kelas RAE di SMK Dato Syed Omar, Jalan Sultanah yang dikendalikan oleh 9W2AZE Cikgu Aziz, dapatlah eyeball lagi bersama ramai rakan baru dan lama antaranya 9W2ERI Pak Eri, 9W2MKY Pak Marzuki, 9W2DEC Pak Razak, 9W2CRM Cikgu Roslan, 9W2USF Pak Amir, 9W2WSR Cikgu Wan, 9W2JE Pak Jamal, 9W2VZ Pak Azam, 9W2ROH Pak Roslan dan SWL Zam. Suasana ceria sekali dapat berjumpa dengan rakan rakan ham di lokalan Alor Setar. Terima kasih rakan rakan di atas kesudian berjumpa dan tango tango.

Sunday, November 4, 2007

YONGZU DARI LENGGONG

Beberapa minggu yang lalu saya telah melayari weblog Yongzu http://yw2yzu.blogspot.com/ Pada mulanya terfikir juga siapa gerangan dengan menamakan dirinya Yongzu, mungkin keturunanan Taiwan atau Hong Kong ke....Lama saya tercari cari jawapan akhirnya barulah tahu rupanya Yong adalah pengganti nama kepada Long di Perak dan Zu adalah ringkasan kepada nama Zuraidah.















Gambar di atas adalah pemandangan dari Gunung Keriang dan gambar di bawah adalah laluan sukar menuju ke puncak yang menempatkan stesen pancar ulang GK.
















Pada 28 Oktober 2007 jam lebihkurang 11.00 malam sedang saya di rumah memantau rakan-rakan QSO di frekuansi 145.525Mhz. Stesen Pancar Ulang Gunung Keriang tiba-tiba kedengaran audio "doubling" dari rakan rakan di Lenggong Perak menggunakan Stesen Pancar Ulang Gunung Inas yang rupanya sama frekuansi. Mungkin ketinggian stesen di G. Inas tersebut dan propagasi yang baik membolehkan pancarannya mencapai hingga ke lokasi saya di Pulau Langkawi, Alor Setar Kedah dan Sg. Besar Selangor. Antara beberapa callsign yang kedengaran pada malam itu ialah 9W2KSS, 9W2DUA, 9W2YZU dan 9W2VVH. Cuma satu suara yang menarik perhatian saya iaitu dari 9W2YZU atau dengan panggilan Kak Yong sebab ianya mengingatkan saya kepada laman weblog beliau yang pernah saya layari beberapa hari sebelumnya.


Keesokan harinya saya membuka sekali lagi weblog Yongzu dan mencari alamat email beliau, bila terjumpa terus saja menghantar email salam kontek perdana kepada beliau. Balasan email yang diterima dari Kak Yong memaklumkan bahawa kebetulan sedang berada di Pulau Langkawi untuk berkursus. Macam mana nak buat ni...nombor telefon Kak Yong tidak disertakan dalam email. Kebetulan pula semasa monitor di frekuansi transnasional G. Raya 145.625Mhz. pada petang Rabu 31 Oktober 2007 kedengaran audio Kak Yong yang portable dalam pekan Kuah memanggil rakan-rakan QSO. Nak join QSO saya kat pejabat...kemudian terdengar rakan saya 9W2JML Cikgu Mahtar join QSO dengan Kak Yong. Selepas saja keluar pejabat jam 5.00 petang terus saja menuju ke tempat Kak Yong portable dan tidak lama kemudian 9W2JML pun tiba. Lama jugalah eyeball QSO bersama Kak Yong. Puas rasanya dapat bertemu dengan Kak Yong Zu yang petah berbicara semasa QSO....

Thursday, November 1, 2007

Langkawi Amateur Radio Intro...

Minat saya terhadap radio amatur bermula sejak tahun 80an lagi tetapi tidak kesampaian kerana tidak tahu selok belok untuk mendapatkan lesen. Kebetulan saya dapat berkenalan dengan 9M2RR (Pak Rahim ,bapa repeater) semasa sama-sama berkursus di Kelantan pada Mei 2006. Atas panduan yang diberikan oleh Pak Rahim barulah saya nampak jalan bagaimana cara nak mendapatkan lesen pengendali radio amatur.

Oleh kerana tidak sempat menduduki RAE 1/2006 yang diadakan pada Mei 2006, saya telah memohon RAE 2/2006 yang diadakan pada 29 November 2006. Alhamdulillah dengan sekali duduk RAE saya bersama-sama adik saya Md. Yusof telah PASS dan bolehlah minta callsign. Keputusan lulus RAE adalah satu kenangan yang amat bermakna sekali. Atas cadangan Pengurus Astra Negeri Kedah saya pun meletakkan cadangan callsign 9W2KMC diatas sekali, dan nasib menyebelahi saya sekali lagi. Manakala adik saya Md. Yusof mendapat callsign 9W2YMC.

Bermula dari 07/01/2007 saya pun mulalah belajar belajar terbang di udara lokalan Langkawi seterusnya ke pancar ulang G. Raya Langkawi dan lain lain pancar ulang di utara tanah air. Rakan-rakan yang sewaktu dengan saya ialah 9W2JML, 9W2JMZ, 9W2ZJS, 9W2CMN dan 9W2YXY. Setakat ini peralatan radio yang digunakan ialah ICOM V82, ICOM 2200 dan 'power supply' Phillips, antenna base mengguna Collinear ketinggian 40 kaki.