Monday, November 26, 2007

REPEATER ASTRA @ GUNUNG RAYA, LANGKAWI GEOPARK

Repeater ASTRA di Gunung Raya, Langkawi Geopark telah dipasang pada 17 April 2004. Sehingga kini usia repeater tersebut telah masuk tahun yang ke 4 beroperasi. Sayang sekali repeater yang dulunya beroperasi dengan baik kini agak bermasalah dengan linking ke repeater Larut. Semasa kerja kerja membersihkan kawasan sekitar repeater baru baru ini dua ekor ular telah terbunuh sebab terkena mata mesin rumput. Tidak disangka sama sekali di puncak gunung pun ada ular. Nasib baik tak siapa pun kena patuk. Tidak dapat dipastikan ular itu dari spesis mana, ada rakan mengatakan jika kepala tiga segi macam tu ular kapak. Entahlah, ular kapak gunung agaknya.

2 comments:

Muhammad Edwan Shaharir said...

A'kum

Maaf kerana menyelit, tetapi tepat sekali, Ular Kapak Gunung, dari spesis Trimeresurus. Sayangnya di bunuh bila sepatutnya boleh di biarkan saja ia hidup.

Muhammad Edwan Shaharir said...

Oh, maafkan saya, saya tersilap baca. Saya ingat ia di bunuh, bukan terbunuh.

:)