Thursday, November 1, 2007

Langkawi Amateur Radio Intro...

Minat saya terhadap radio amatur bermula sejak tahun 80an lagi tetapi tidak kesampaian kerana tidak tahu selok belok untuk mendapatkan lesen. Kebetulan saya dapat berkenalan dengan 9M2RR (Pak Rahim ,bapa repeater) semasa sama-sama berkursus di Kelantan pada Mei 2006. Atas panduan yang diberikan oleh Pak Rahim barulah saya nampak jalan bagaimana cara nak mendapatkan lesen pengendali radio amatur.

Oleh kerana tidak sempat menduduki RAE 1/2006 yang diadakan pada Mei 2006, saya telah memohon RAE 2/2006 yang diadakan pada 29 November 2006. Alhamdulillah dengan sekali duduk RAE saya bersama-sama adik saya Md. Yusof telah PASS dan bolehlah minta callsign. Keputusan lulus RAE adalah satu kenangan yang amat bermakna sekali. Atas cadangan Pengurus Astra Negeri Kedah saya pun meletakkan cadangan callsign 9W2KMC diatas sekali, dan nasib menyebelahi saya sekali lagi. Manakala adik saya Md. Yusof mendapat callsign 9W2YMC.

Bermula dari 07/01/2007 saya pun mulalah belajar belajar terbang di udara lokalan Langkawi seterusnya ke pancar ulang G. Raya Langkawi dan lain lain pancar ulang di utara tanah air. Rakan-rakan yang sewaktu dengan saya ialah 9W2JML, 9W2JMZ, 9W2ZJS, 9W2CMN dan 9W2YXY. Setakat ini peralatan radio yang digunakan ialah ICOM V82, ICOM 2200 dan 'power supply' Phillips, antenna base mengguna Collinear ketinggian 40 kaki.

No comments: