Di satu pagi yang cerah tiba-tiba muncul jajaka tampan segak bergaya di 'saltmine' penulis. Teringat pernah bertemu sekali dengan belaiu di Jitra 2 tahun lepas, rupa-rupanya orang lama dalam radio amatur iaitu 9W2LM - Mohamad Rashid Md Isa, Bujang.Tajuk perbualan pastinya berkisar mengenai aktiviti radio amatur terutamanya perubahan selera terkini dari VHF ke HF. Bila sebut 10m HF pasti nama penggiat utama 10m QRP di utara ini iaitu 9W2DI timbul. Walaupun kos mendapatkan set radio HF all mode agak tinggi juga namun semangat untuk menceburi bidang HF membuatkan rakan2 di Alor Setar berpakat "main kutu". Dan pada hari bertuah 21.7.2010 yang lalu diadakan penyampaian set radio HF jenama YAESU FT-817ND yang rakan2 memanggil set radio ND Lala. Terima kasih kepada Pak Yob 9W2TJG yang berusaha menjadi taukeh kutu set ND Lala.
Monday, July 26, 2010
BERUBAH SELERA DARI VHF KE HF
Posted by
9W2KMC
at
8:25 AM
0
comments
Monday, July 5, 2010
VUVUZELA @ AFRIKA SELATAN
Jadual pertandingan boleh dilihat di sini.

Posted by
9W2KMC
at
2:41 PM
0
comments
Tuesday, June 22, 2010
JALAN JALAN MAKAN ANGIN DI KELANTAN DARUL NAIM
Penulis tidak berminat sangat hendak membeli belah, tetapi lebih berminat melihat suasana yang ramai dan aktiviti menyeberangi Sungai Golok yang menjadi sempadan kedua negara Malaysia dan Thailand. Bagi penduduk tempatan tiada sempadan bagi mereka. Mereka bebas menyeberangi Sg. Golok bila-bila masa sahaja dengan tambang seringgit.
Posted by
9W2KMC
at
8:24 AM
0
comments
Wednesday, June 9, 2010
FREKUENSI BARU REPEATER KUMPULAN ASTRA
Mencari merata-rata senarai frekuansi baru tak juga jumpa, rupa-rupanya ada disebelah rumah saja. Pada semua rakan yang masih tercari-cari frekuensi repeater kumpulan ASTRA bolehlah merujuk pada bahagian bawah muka depan laman web Sungai Petani Ham Radio @ sphamradio
Posted by
9W2KMC
at
12:52 PM
0
comments
Tuesday, June 1, 2010
PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE) SIRI 2/2010
Tinggal tak berapa hari lagi untuk peperiksaan radio amatur (RAE) Siri 2/2010 yang akan diadakan pada 30 Jun 2010 Jam 2.00 petang. Sebagai persediaan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut bolehlah merujuk kepada beberapa sumber berikut.
Contoh soalan RAE Malaysia
http://hbcr-kembaradotnet.blogspot.com/2009/08/contoh-soalan-soalan-peperiksaan-radio.html
Garispanduan Radio Amatur
Posted by
9W2KMC
at
10:57 AM
0
comments
Monday, May 31, 2010
PERUBAHAN FREKUENSI REPEATER
Frekuensi pada stesen pengulang (repeater) telah bertukar lagi. Frekuensi repeater lokal Sg. Petani yang dulunya 146.950MHz telah ditukarkan kepada 147.6125MHz dengan -600 dan tone 85.4 sama seperti dulu. Pada yang kurang mahir untuk menukar setting radio ICOM IC-2200 dan ICOM V8000 bolehlah cuba mengikuti langkah berikut (dari laman web AKRAB BACHOK )
Untuk panduan rakan yang belum berkemahiran memasukan Frenkuensi Baru ke dalam Mobil Rig jenis ICOM V8000/ IC 2200
Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
5. Untuk masukan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
Akhir sekali tekan MR/Call
Di harap dapat membantu rakan -rakan
atau merujuk pada laman web Alor Setar Ham Radio di alamat http://ashamradio.com/forum/viewthread.php?forum_id=19&thread_id=105
Untuk lain-lain model radio ICOM boleh merujuk pada laman web pengeluar di alamat http://www.icom.co.jp/world/products/amateur/index.html
Untuk radio jenama Kenwood bolehlah merujuk laman web pengeluar di alamat http://my.kenwood.com/Communications/Amateur_Radio/
Untuk radio Made In Thailand boleh merujuk laman web pengeluar di alamat http://www.tccom.co.th/?langParam=en
Posted by
9W2KMC
at
4:00 PM
0
comments
Wednesday, May 12, 2010
INTERNATIONAL ROVER MOOT @ PANTAI MERDEKA KEDAH
International Rover Moot yang berlangsung di Pantai Merdeka dari 8-13/5/2010 menghimpunkan ramai pengunjung. Terima kasih kepada Pak Jang Fazil 9W2PJF dan Mizan 9W2XAN yang memuatkan banyak gambar2 menarik dan kreatif buat tatapan semua.
http://picasaweb.google.com/9w2pjf/WorldRoverMootPantaiMerdeka2010?feat=content_notification#
http://9w2xan.blogspot.com/2010/05/international-rover-moot-at-pantai.html
Posted by
9W2KMC
at
10:26 AM
0
comments
Thursday, April 22, 2010
KEMBALI BERTEMU SELEPAS 35 TAHUN
Memang benar Pulau Labuan adalah sebuah pulau yang indah. Dalam perjalanan menikmati keindahan di sekeliling pulau, semasa tiba di Taman Damai iaitu tapak peringatan penyerahan diri tentera Jepun kepada pihak British di akhir zaman perang dunia ke dua dahulu, satu perkara yang tidak disangka sangka telah berlaku bagaikan mimpi di siang hari. Adik Ishak telah menerima panggilan telefon dari seseorang yang memperkenalkan dirinya Mohd. Desa bin Osman kawan sama sekolah dengan Khalid Mat. Rupa-rupanya Mohd. Desa masih menyimpan nombor telefon adik Ishak yang penulis minta bantuan adik Ishak mengesan kawan lama ini yang dikhabarkan bertugas di Labuan juga. Kebetulan penulis ada bersama adik di situ, terus saja bercakap dengan kawan lama penulis itu. Beliau bagaikan tidak percaya bila penulis memaklumkan yang penulis dan adik sedang berada di Taman Damai, Labuan dan kebetulan pula beliau pun berada di Layang Layangan berdekatan tempat tersebut. Tiga minit kemudian Mohd. Desa pun tiba di lokasi, memang agak mengejutkan kerana penulis sudah tidak dapat mengecam lagi beliau maklumlah sudah 35 tahun tidak ketemu.
Sebenarnya tujuan beliau menelefon adik penulis ialah untuk memaklumkan kepada penulis satu pertemuan "reunion" bekas murid-murid Sekolah Menengah Sains Kedah (Sek. Men. Sains Sultan Mohammad Jiwa) sessi tahun 1973-1977 yang akan diadakan pada 5/6/2010 akan datang bersempena dengan usia kami 50 tahun. Dari pertemuan singkat itu barulah tahu rupa-rupanya beliau telah bersara dari TLDM dan terus tinggal menetap di Labuan bersama keluarganya di Tanjung Aru.
Posted by
9W2KMC
at
8:37 AM
0
comments
Thursday, April 8, 2010
SEMAKAN RAE 2010-1 PADA 14.4.2010
Posted by
9W2KMC
at
8:53 AM
0
comments
Saturday, March 13, 2010
SPHAMRADIO FAMILY DAY @ TELOK NIPAH
Sayang sekali penulis tidak dapat hadir pada hari Sabtu kerana kesihatan kurang mengizinkan. Walauapa pun setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti hari keluarga tersebut, mudah-mudahan ditahun hadapan akan lebih meriah lagi.
Sedikit gambar yang diambil pada petang dan malam persediaan untuk tatapan semua.
Posted by
9W2KMC
at
10:54 PM
0
comments
Friday, March 5, 2010
SALAM KONTEK PERDANA CALLSIGN BARU
Posted by
9W2KMC
at
9:13 AM
0
comments
Friday, February 26, 2010
ANTENNA BARU DARI SEBERANG

Pada yang berhajat dengan antenna ni bolehlah belek-belek tengok kat sini......
Posted by
9W2KMC
at
10:22 AM
2
comments
Tuesday, February 9, 2010
KEPUTUSAN RAE 2/2009
Sekali lagi saat yang dinanti-nantikan oleh semua ahli radio amatur telah tiba, keputusan peperiksaan radio amatur siri 2/2009 telah dikeluarkan oleh SKMM. Cuma sayang sekali hanya pada yang tahu nombor kad pengenalan calon sahaja, tidak seperti sebelum ini keluar senarai penuh. Mungkin beberapa hari lagi SKMM akan mengeluarkan senarai penuh. Walau apa pun tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi pada yang kandas, jangan putus asa.
Posted by
9W2KMC
at
8:34 PM
0
comments
Sunday, January 31, 2010
REPEATER PERAMAH 9M4RCA BRINCHANG
Pada 31/1/2010 jam 8.40 malam kedengaran audio 9W2MCB abang Ishak CQ CQ dari Sri Manjung. Memandangkan tiada rakan yang sambut, maka penulis pun cuba-cubalah sambut dengan 25W. Tak sangka pula dapat memegang repeater PERAMAH dengan baik mengikut info dari 9W2MCB. Cubaan dengan 10W juga berjaya memegang repeater dengan baik. Selesai QSO dengan abang Ishak 9W2MCB bersambung pula dengan Cikgu Shidi 9W2ICD di Cameroon Highland. Tak sangka rupa-rupanya Cikgu Shidi berasal dari Sg. Petani. Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat bertemu di daratan dengan rakan-rakan baru tersebut.
Posted by
9W2KMC
at
9:26 PM
0
comments
Tuesday, January 26, 2010
PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI 1/2010
Peperiksaan radio amatur (RAE) datang lagi. Kali ini peperiksaan radio amatur bagi kawasan tengah dan utara sahaja Siri 1/2010 akan dijalankan pada 14 April 2010 jam 2.00 petang. Tarikh tutup permohonan ialah 12 Februari 2010. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web MCMC
Posted by
9W2KMC
at
8:58 AM
0
comments