Thursday, April 22, 2010

KEMBALI BERTEMU SELEPAS 35 TAHUN

Kunjungan pertama penulis ke Pulau Labuan baru baru ini bersama adik Ishak Mat 9W2IMR telah meninggalkan banyak kenangan manis. Dahulu semasa adik Ishak bertugas di Pulau Labuan selama hampir enam tahun dan penulis bertugas di Pulau Langkawi, tidak berkesempatan berkunjung ke Pulau Labuan. Kini setelah kami berdua kembali bertugas di semenanjung barulah ada peluang untuk berkunjung untuk meninjau keindahan Pulau Labuan yang bersejarah.


9W2IMR (kiri) dan penulis 9W2KMC (kanan) di Kg. Patau-Patau 2.

Memang benar Pulau Labuan adalah sebuah pulau yang indah. Dalam perjalanan menikmati keindahan di sekeliling pulau, semasa tiba di Taman Damai iaitu tapak peringatan penyerahan diri tentera Jepun kepada pihak British di akhir zaman perang dunia ke dua dahulu, satu
perkara yang tidak disangka sangka telah berlaku bagaikan mimpi di siang hari. Adik Ishak telah menerima panggilan telefon dari seseorang yang memperkenalkan dirinya Mohd. Desa bin Osman kawan sama sekolah dengan Khalid Mat. Rupa-rupanya Mohd. Desa masih menyimpan nombor telefon adik Ishak yang penulis minta bantuan adik Ishak mengesan kawan lama ini yang dikhabarkan bertugas di Labuan juga. Kebetulan penulis ada bersama adik di situ, terus saja bercakap dengan kawan lama penulis itu. Beliau bagaikan tidak percaya bila penulis memaklumkan yang penulis dan adik sedang berada di Taman Damai, Labuan dan kebetulan pula beliau pun berada di Layang Layangan berdekatan tempat tersebut. Tiga minit kemudian Mohd. Desa pun tiba di lokasi, memang agak mengejutkan kerana penulis sudah tidak dapat mengecam lagi beliau maklumlah sudah 35 tahun tidak ketemu.

Mohd. Desa Osman (kiri) bersama penulis di Taman Damai, Pantai Manikar, Labuan

Sebenarnya tujuan beliau menelefon adik penulis ialah untuk memaklumkan kepada penulis satu pertemuan "reunion" bekas murid-murid Sekolah Menengah Sains Kedah (Sek. Men. Sains Sultan Mohammad Jiwa) sessi tahun 1973-1977 yang akan diadakan pada 5/6/2010 akan datang bersempena dengan usia kami 50 tahun. Dari pertemuan singkat itu barulah tahu rupa-rupanya beliau telah bersara dari TLDM dan terus tinggal menetap di Labuan bersama keluarganya di Tanjung Aru.

No comments: