Wednesday, March 28, 2012

PERTEMUAN YANG TIDAK DI RANCANG

Pada 15 Mac 2012 yang lalu penulis menghadiri majlis kenduri kahwin adik kepada seorang rakan. Selesai menikmati hidangan secara 'buffet', penulis berehat di bawah pokok berhampiran sambil berbual-bual dengan beberapa rakan lain yang hadir. Seorang rakan memperkenalkan seorang tetamu yang sama-sama duduk di bawah pokok, katanya rakan itu pun ahli radio amatur juga. Setelah bersalam barulah tahu rupanya rakan itu adalah 9W2ICD Cikgu Shidi yang pernah saya QSO dengan beliau di repeater PERAMAH pada malam 31 Januari 2010 dulu. Tak sangka pertemuan di udara membawa pula pertemuan di daratan, terasa begitu kecil dunia ini. Mudahlah nanti kalau nak ke Cameron Highland, sudah ada rakan radio amatur menunggu di sana.

9W2KMC & 9W2ICD

1 comment:

FlyCam Studio said...

hurm.. Pak Khalid, ICD ni kawan satu kelas UUM masa sekolah rendah dulu.. hahaha... banyak kenangan manis2 bersama dia.