Thursday, September 18, 2008

KELAB RADIO AMATUR KOTA SETAR

Kelab Radio Amatur Kota Setar dengan keahlian setakat ini seramai 65 orang. telah menjalankan berbagai aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah eyeball bulanan, kawad merdeka dan majlis berbuka puasa. Setiap aktiviti mendapat sambutan yang amat menggalakkan, tetapi sayang sekali penulis tidak dapat turut serta maklumlah berada di tanah pulau agak sukar untuk menghadirkan diri. Walaubagaimanapun mudah2an suatu masa nanti akan ada peluang untuk turut serta.

Kelab Radio Amatur Kota Setar juga bertanggung jawab ke atas operasi dan penyenggaraan stesen pancar ulang di puncak Gunung Keriang. Memandangkan kos penyenggaraan stesen pancar ulang yang agak tinggi, sumbangan dana amatlah diharapkan daripada rakan-rakan. Salah satu cara untuk menyumbang kepada kebajikan stesen pancar ulang Gunung Keriang ialah dengan menjadi ahli kelab dan membayar yuran tahunan. Kepada rakan rakan radio amatur yang ingin bersama sama menyumbang ke arah kelangsungan operasi stesen pancar ulang dan aktiviti kelab bolehlah memohon menjadi ahli. Bersama-samalah kita menyumbang ke arah mengeratkan hubungan melalui gelombang radio amatur.

3 comments:

Jungle Gold said...

Ya saya berminat nak jadi ahli. Kalau jadi ahli seumur hidup mcm mana? Bayar sekaligus shj kan Pak Khalid?

Unknown said...

assalamualaikum...boleh terang cara nak amik lsen radio...

Anonymous said...

SALAM, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN RAKAN RAKAN HAM KOTA SETAR - 9W2LAT