Sunday, January 31, 2010

REPEATER PERAMAH 9M4RCA BRINCHANG

Bila ada kelapangan saja-sajalah scan vfo tiba-tiba di 147.000 kedengaran audio Pak Yop 9W2YR sedang QSO dengan 9W2ZMC. Tertanya-tanya juga penulis frekuansi mana ini, takkan Pak Yop simplek dari selatan sana boleh terlajak sampai Sg. Petani. Jam 10.20 malam minggu 30/1/2010 kedengaran pula audio Cikgu Suhaimi 9W2MMP bermobil di Lekir, Sitiawan sedang QSO dengan Cikgu Shidi 9W2ICD di Cameroon Highland dan bersambung pula dengan abang Zul dari Tumpat 9W2DZY. Tanpa membuang masa penulis terus scan tone dan berhenti di 118.8 dan kemudian terus setting dengan cubaan pakai minus atau plus 600. Rupa-rupanya plus 600. Jadi frekuansi yang berhasil untuk trigger repeater Peramah Brinchang ialah 147.000 , +600 dan tone 118.8

Pada 31/1/2010 jam 8.40 malam kedengaran audio 9W2MCB abang Ishak CQ CQ dari Sri Manjung. Memandangkan tiada rakan yang sambut, maka penulis pun cuba-cubalah sambut dengan 25W. Tak sangka pula dapat memegang repeater PERAMAH dengan baik mengikut info dari 9W2MCB. Cubaan dengan 10W juga berjaya memegang repeater dengan baik. Selesai QSO dengan abang Ishak 9W2MCB bersambung pula dengan Cikgu Shidi 9W2ICD di Cameroon Highland. Tak sangka rupa-rupanya Cikgu Shidi berasal dari Sg. Petani. Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat bertemu di daratan dengan rakan-rakan baru tersebut.

Tuesday, January 26, 2010

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI 1/2010

Peperiksaan radio amatur (RAE) datang lagi. Kali ini peperiksaan radio amatur bagi kawasan tengah dan utara sahaja Siri 1/2010 akan dijalankan pada 14 April 2010 jam 2.00 petang. Tarikh tutup permohonan ialah 12 Februari 2010. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web MCMC